TERMA & SYARAT KHIDMAT GRAFIK – CETAKAN

Klien: Anda
Projek: Reka bentuk grafik  +  cetakan

Tarikh: Tarikh bayaran invois deposit atau penuh

Pereka bentuk: Arus Segar Network

 

Perjanjian ini (“Perjanjian”) dibuat pada “Tarikh” oleh dan antara “Klien” dan “Pereka bentuk.” Sebagai pertimbangan perjanjian bersama dibuat di sini, kedua-dua pihak setuju seperti berikut:

Kerja: Pereka bentuk setuju menghasilkan bahan-bahan projek (“Kerja”) atas permintaan klien untuk bayaran yang disetujui terdahulu dan penghantaran Kerja dengan satu tarikh akhir anggaran yang ditetapkan oleh Pereka bentuk. Pereka bentuk akan bekerjasama dengan Klien dalam suntingan dan sebaliknya mengulas/mengkaji semula (review) Kerja itu sebelum pelengkapan dan pelancaran. Ulasan/kajian semula hanya diberi hingga tiga (3) kali, maka Klien diharap dapat memberi gambaran grafik yang dikehendaki sepenuhnya dan setepatnya ketika sebut harga diminta. Bagaimanapun, jika ingin dibuat penambahan atau perubahan pada grafik, Klien turut diharap memikirkannya sepenuhnya sebelum ia diberitahu kepada Pereka bentuk bagi menepati masa (hari) anggaran projek siap termasuk mencepatkan pelengkapan projek tanpa melebihi tiga (3) kali ulasan/kajian semula.

Cetakan: Pereka bentuk turut bertanggungjawab atas hal-hal berkaitan cetakan untuk setiap jenis dan kuantiti yang dipesan/ditempah oleh Klien, termasuk penghantaran ke alamat yang diberi oleh Klien.

Kerahsiaan: Pereka bentuk mengaku bahawa ia mungkin menerima atau ada akses pada maklumat yang berkaitan dengan produk-produk lepas, kini, atau masa depan, senarai-senarai vendor, kerja-kerja kreatif, strategi-strategi pemasaran, projek-projek/cadangan-cadangan (proposals) belum selesai (pending), dan maklumat proprietari lain. Pereka bentuk setuju melindungi kerahsiaan maklumat proprietari Klien dan semua bentuk fizikal daripadanya, sama ada didedahkan kepada Pereka bentuk sebelum Perjanjian ini ditandatangani atau selepasnya. Melainkan kerahsiaan ketat diminta oleh Klien sebelum penubuhan kontrak ini, Pereka bentuk boleh memaparkan bahan-bahan dan kerja akhir dicipta untuk Klien di tapak web Pereka bentuk (sama ada di https://[www.arussegar.com) atau web lain yang dimiliki oleh pemilik Pereka bentuk), mana-mana platform lain, pihak lain untuk ditunjukkan sebagai portfolio (rekod kerja lepas) dan/atau dalam bentuk iklan (yang mungkin secara tak langsung dapat memberi manfaat kepada Klien dari segi trafik dan/atau pelanggan berpotensi).

Bayaran/Pampasan: Klien setuju membayar Pereka bentuk 50% daripada jumlah kos projek sebelum mana-mana khidmat disediakan, dan baki 50% akan dibayar oleh Klien sebelum mana-mana hasil grafik dan/atau cetakan dihantar ke emel/alamat yang diberi oleh Klien. Fail boleh kerja (workable files) dalam bentuk sama ada .jpg atau .pdf akan dihantar ke emel Klien selepas bayaran penuh dibuat. Bagaimanapun, Klien boleh memilih untuk membuat bayaran 100% jumlah kos projek sebelum proses reka bentuk dijalankan. Jika parameter-parameter Kerja berubah, atau jika ia membabitkan lebih masa (hari) daripada yang dianggarkan, Pereka bentuk akan memaklumkan Klien dan mereka (Klien & Pereka bentuk) boleh mengulang-runding kos Kerja. Namun begitu, jika kelewatan pelengkapan projek berpunca daripada kesukaran menghubungi Klien dan/atau proses ulasan/kajian semula melebihi masa (hari) dianggarkan, jumlah kos projek akan kekal seperti asal. Klien juga tak akan melayan Pereka bentuk sebagai pekerja untuk apa-apa tujuan.

Kelulusan Klien: Selepas penerimaan Kerja, Klien menerima tanggungjawab untuk mana-mana proses lanjut dalam mana kerja ini digunakan (cth. ‘outpost’ filem, percetakan, dll.). Pereka bentuk tak bertanggungjawab untuk ralat-ralat yang berlaku dalam kerja atau projek-projek berkaitan dengan kerja ini selepas penerimaan Kerja oleh Klien. Segala ralat hendaklah dimaklumkan oleh Klien kepada Pereka bentuk semasa proses pelengkapan, melalui proses ulasan/kajian semula (review/revision).

Pembatalan: Kedua-dua pihak faham bahawa Klien atau Pereka bentuk mungkin menamatkan khidmat pada bila-bila masa jika, untuk sebarang alasan, hubungan itu dianggap tak memuaskan oleh salah satu pihak. Selepas pembatalan bertulis atau lisan, Klien bertanggungjawab untuk bayaran semua belanja yang telah ditanggung dan mana-mana kerja yang telah dilakukan ke arah pelengkapan projek berdasarkan peratusan projek dilengkapkan yang ditentukan oleh Pereka bentuk. Sekiranya Klien membatalkan projek selepas pelengkapannya, Klien bertanggungjawab untuk bayaran penuh seperti telah disetujui ke atas anggaran, tambah semua perbelanjaan ditanggung. Sekiranya berlaku pembatalan, Pereka bentuk mengekalkan pemilikan semua hak cipta (copyrights) dan kerja asli (original) yang dicipta.

Penerimaan Terma-Terma: Klien berjanji membayar khidmat-khidmat diberikan oleh Pereka bentuk untuk Kerja seperti yang telah disetujui. Dengan menjelaskan invois (membuat bayaran pendahuluan/deposit tempahan atau bayaran penuh), Klien setuju bahawa mereka (Klien & Pereka bentuk) telah baca, faham, dan dipertimbang secara undang-undang terikat kepada terma-terma ini.