Dasar Privasi

Dasar Privasi ArusSegar.com
Terakhir Dikemas Kini: 1 Disember 2017

Arus Segar Network (“kami”) mengendalikan http://www.arussegar.com (“Web”, atau “Khidmat”). Laman ini memaklumkan dasar-dasar kami kepada anda tentang pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Maklumat Peribadi yang kami terima daripada para pengguna Web ini.

Kami hormati privasi anda dan akan melayan semua maklumat peribadi diberikan sebaik mungkin dan menurut undang-undang. Dengan menggunakan atau terus menggunakan Web ini, anda setuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat selaras dengan dasar ini. Dengan itu, kami menjelaskan di bawah, tentang apa dan bagaimana kami menggunakannya.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat
Semasa menggunakan Web kami, kami mungkin meminta anda menyediakan kami dengan maklumat boleh dikenal pasti secara peribadi yang boleh digunakan untuk menghubungi atau mengenal pasti anda atau untuk mencipta “sebut harga” (quote/estimates), invois, resit atau lain-lain. Maklumat boleh dikenal pasti secara peribadi boleh termasuk, tapi tidak terhad kepada nama (“Maklumat Peribadi”), alamat e-mel, nombor telefon (pejabat/rumah/bimbit), alamat premis/bisnes/pejabat/rumah untuk penghantaran hasil cetakan grafik (risalah, brosur, katalog, dsb.), kategori khidmat, jenis grafik/cetakan, kuantiti, dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan untuk khidmat yang ingin anda langgan.

Data Log
Seperti banyak pengendali web, kami mengumpul maklumat yang pelayar (browser) anda hantar apabila anda melawat Web (“Data Log”).

Data Log ini mungkin termasuk maklumat seperti alamat Protokol Internet (“IP”), jenis pelayar, versi pelayar, laman-laman di Web kami yang anda lawat, tempoh lawatan di laman-laman itu dan statistik-statistik lain.

Tambahan pula, kami mungkin menggunakan khidmat-khidmat pihak ketiga seperti Google Analytics dan StatCounter yang mengumpul, memantau dan menganalisisnya bagi membaiki Khidmat kami. Untuk maklumat lanjut tentang dasar-dasar penyedia khidmat pihak ketiga, sila lawat web-web mereka.

Komunikasi
Kami mungkin menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk berhubung dengan anda melalui surat-surat berita (newsletters), bahan-bahan pemasaran atau promosi serta maklumat lain yang mungkin bermanfaat kepada anda.

Kuki (Cookies)
Kuki atau “Cookies” ialah fail-fail dengan amaun data yang kecil, yang boleh termasuk pengenal pasti unik awanama (tanpa nama/anonymous). Kuki dihantar ke pelayar (browser) anda dari sebuah tapak web dan disimpan di pemacu keras (hard drive) komputer anda.

Seperti kebanyakan web, kami menggunakan “kuki” untuk mengumpul maklumat. Anda boleh mengarahkan pelayar anda untuk menolak semua kuki atau menandakan apabila satu kuki sedang dihantar, Bagaimanapun, jika anda tidak menerima kuki, anda mungkin tidak dapat menggunakan beberapa fungsi/bahagian daripada Web/Khidmat kami.

Keselamatan (Security)
Keselamatan Maklumat Peribadi anda adalah penting kepada kami, namun ingat bahawa tiada kaedah penghantaran melalui Internet, atau kaedah storan elektronik, yang selamat 100%. Sementara kami berjuang menggunakan cara-cara yang boleh diterima secara komersial, kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya. Namun begitu, semua maklumat peribadi anda tidak akan dijual dan/atau tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak lain yang tidak berkaitan dengan kami atau yang tidak bertujuan seperti dimaklumkan di atas (dalam seksyen Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat).

Pautan-pautan ke Web-web Lain
Kami mungkin menyediakan pautan-pautan ke web-web lain di Web untuk kemas-kemas kini berita atau artikel, atau tujuan-tujuan pemasaran, promosi. Bagaimanapun, bila anda berada di web-web mereka, anda dinasihati membaca Dasar Privasi mereka memandangkan ia mungkin berbeza dengan dasar-dasar kami.

Perubahan-perubahan Dasar Privasi
Dasar Privasi ini berkuatkuasa mulai 3 November 2016 dan ia akan kekal berkuatkuasa kecuali berhubung dengan mana-mana perubahan dalam peruntukan-peruntukan pada masa depan, yang akan berkuatkuasa serta-merta selepas dipos di laman (ArusSegar) ini.

Kami memiliki hak mengemas kini atau mengubah Dasar Privasi kami pada bila-bila masa dan anda haruslah menyemak Dasar Privasi ini secara berkala. Penggunaan berterusan anda pada Khidmat ini selepas kami mengepos mana-mana ubahsuaian pada Dasar Privasi di laman ini akan dianggap pengiktirafan/penerimaan anda terhadap ubahsuaian dan keizinan anda untuk patuh dan terikat oleh Dasar Privasi yang telah diubahsuai.

Jika kami membuat mana-mana perubahan bahan pada Dasar Privasi ini, kami mungkin akan memberitahu anda sama ada melalui alamat emel yang anda beri kepada kami, atau melalui peletakan satu notis jelas di web kami (di sini, di laman ini), atau dengan hanya perubahan tarikh kemas kini yang dipapar di atas sekali laman ini.

Hubungi Kami
Jika anda ada apa-apa soalan tentang Dasar Privasi ini, sila hubungi kami melalui emel:
arussegar [at] gmail [dot] com